Eden Hazard.

LONDON – Bintang Chelsea, Eden Hazard tanpa berahsia mendedahkan dia mengundi bintang Real Madrid dan Croatia, Luka Modric untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik FIFA, lapor Metro.

Modric mengenepikan saingan sengit daripada bintang Juventus, Cristiano Ronaldo dan pemain Liverpool, Mohamad Salah.

Bintang Barcelona, Lionel Messi pula tidak disenarai pendek sebagai calon untuk anugerah tersebut buat pertama kalinya sejak 2006,

Calon bagi anugerah itu diundi oleh jurulatih pasukan kebangsaan (25%), kapten pasukan kebangsaan (25%), wakil media terpilih (25%) dan undian secara dalam talian (25%).

Modric,33, mengutip 29.05 peratus undian, manakala penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo (19.08%) dan bintang Liverpool, Mohamed Salah (11.23%) untuk tempat kedua dan ketiga.

Dalam pada itu, Anugerah Puskas dimenangi Salah berdasarkan jaringan unik ketika aksi Liverpool bertemu Everton musim lalu

  • MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan