Salah seorang daripada dua mangsa yang cedera parah apabila kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh dan diseret kereta api berhampiran Tugu Peringatan Petagas, dekat sini hari ini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

KOTA KINABALU – Salah seorang daripada dua mangsa yang cedera parah apabila kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh dan diseret kereta api berhampiran Tugu Peringatan Petagas, dekat sini hari ini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Mangsa yang dikenali sebagai Daniel Shafwan Omar, 21, meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang tadi akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan akibat tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt George Abdul Rakman ketika dihubungi berkata, impak rempuhan itu mengakibatkan kereta dinaiki mangsa terseret sejauh kira-kira 100 meter.

“Siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati, mangsa yang memandu dari Tugu Peringatan Petagas menuju keluar ke jalan besar (Jalan Kepayan).

“Apabila mangsa tiba di laluan kereta api itu, palang penghadang kereta api melintas tidak di pasang mangsa dipercayai tidak menyedari kereta api sedang melintas,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang meninggal dunia adalah penumpang yang duduk sebelah pemandu manakala pemandu kenderaan itu cedera parah dan sedang menerima rawatan di hospital.

— BERNAMA