Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberitahu, beliau telah menulis surat kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk berhenti daripada menjadi ahli UMNO dua hari lepas.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberitahu, beliau telah menulis surat kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk berhenti daripada menjadi ahli UMNO dua hari lepas.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Beliau berkata, keputusan untuk untuk bertanding dibuat atas kedudukannya sebagai anak tempatan Port Dickson.

“Saya memutuskan untuk bertanding atas tiket bebas kerana kerusi itu terbuka. Alasan lain ialah UMNO tidak bertanding,” katanya seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Mohd Isa adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan bekas Naib Presiden UMNO.

Beliau pernah berkhidmat selama lima penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Linggi dan pernah menang kerusi DUN Bagan Pinang pada Pilihan Raya Kecil pada tahun 2009.

Kedua-dua kerusi itu di bawah Parlimen Port Dickson.

Mohd Isa yang juga bekas ahli Parlimen Jempol dan Ketua UMNO Teluk Kemang percaya beliau mempunyai peluang untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson kerana telah lama berkhidmat untuk penduduk setempat sejak sekian lama.

Sebelum persempadanan semula, kerusi Parlimen Port Dickson dikenali sebagai Teluk Kemang.

Parlimen itu kosong selepas penyandangnya, Danyal Balagopal Abdullah melepaskan kerusi tersebut
bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penamaan calon bagi pilihan raya itu akan diadakan pada Sabtu ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan