DI ATAS KAPAL KAGA, Lautan Hindi – Kapal perang terbesar jepun, Kaga yang merupakan kapal pengangkut helikoper, menyertai latihan ketenteraan dengan kapal tentera British, Argyll di Lautan India semalam dan pada menuju ke Lautan China Selatan dan Timur Asia.

Britain, Jepun dan sekutu rapatnya, Amerika Syarikat (AS) mempunyai alasan umum dalam menentang pengaruh Cina yang semakin berkembang di rantau ini yang dibimbangi mereka terhadap laluan perkapalan utama menghubungkan Asia dengan Eropah, Amerika Syarikat dan lokasi lain di bawah perintah Beijing.

“Kami ada hubungan tradisional dengan Tentera Laut British dan juga kami rapat AS dan latihan ini adalah peluang untuk meperkukuhkan kerjasama,” kata Pemerintah Angkatan Pertahanan Maritim (MSDF) kumpulan Kaga yang mengandungi empat buah helikopter, Kenji Sakaguchi.

Peningkatan kekerapan kehadiran Tentera Laut Diraja di rantau ini adalah peluang untuk kedua-dua angkatan tentera laut itu berlatih dengan lebih rapat pada masa depan, katanya.

Kapal Argyll dan Kaga yang diiringi kapal pemusnah Inazuma melakukan latihan formasi Inazuma di lautan Lautan Hindi yang tenang berhampiran laluan maritim komersial yang digunakan  kapal kontena dan kapal tangki. Tiga helikopter dari kapal pengangkut Jepun itu berlegar bagi memantau latihan yang dilakukan.

Ketibaan kapal Argyll di rantau itu dilakukan selepas kapal serangan Britain, Albion, mencabar tuntutan Beijing di Laut Selatan China apabila belayar ke Vietnam dari Jepun pada bulan lalu dengan mendekati pangkalan China di Kepulauan Paracel menerusi Kebebasan Operasi Navigasi (FONOP).

China mengerahkan kapal perang dan helikopter untuk menentang kehadiran British dan memberi amaran kepada London bahawa tindakan serupa pada masa akan boleh menjejaskan rundingan perdagangan yang Britain cari ketika ia bersiap sedia meninggalkan Kesatuan Eropah. – Agensi