SAN DIEGO- Para egawai kesatuan Amerika Syarikat (AS) yang mewakili 30,000 pekerja loji penapisan minyak dan kimia berkata mereka akan meneruskan usaha mendapatkan kenaikan gaji yang besar dan kontrak bertempoh tiga tahun padsa rundingan akan datang.

Rundingan kontrak, yang bermula januari dilakukan ketika syarikat-syarikat penapis menikmati kekukuhan keuntungan dengan kadar penggunaan yang hampir penuh serta eksport yang tinggi.

Kesatuan The United Steelworkers (USW) mahu kenaikan gaji sebanyak 6 peratus setahun seperti yang dimintanya pada rundingan 2015, kata pengerusi program rundingan minyak negara, USW Kim Nibarger dalam satu wawacara susulam mesyuarat kesatuan selama tiga hari di San Diego.

Pada 2015, ahli USW melakukan mogok selama enam minggu di 12 loji  penapis dan tiga loji kimia AS. Pada akhirnya, mereka menerima kontrak bertempoh  empat tahun dengan peningkatan gaji tahunan antara 2.5 peratus hingga 3.5 peratus dan perubahan keadaan kerja.

Nibarger enggan mendedahkan cadangan yang akan dibawa oleh pegawai kesatuan kepada ahli-ahlinya dalam beberapa minggu akan datang. Ahli-ahli kesatuan tempatan mempunyai 45 hari untuk mengundi cadangan yang dicapai pada hari Rabu.

Sekiranya 75 peratus  ahlinya bersetuju, kenaikan gaji akan dikemukakan kepada syarikat pada Januari ini. – Agensi