Darell Leiking memandu uji Proton X70 di Shah Alam hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memuji kecanggihan kenderaan Sport Utiliti Proton X70.

Darell Leiking berkata, model terbaharu Proton itu memiliki ciri-ciri interaktif moden, selain menawarkan ciri-ciri keselamatan yanag mantap.

Beliau berpeluang melihat secara dekat Proton X70 di Litar Uji Proton di Shah Alam hari ini.

Dalam lawatannya, Darell diberi taklimat mengenai Proton X70 yang baharu sebelum berpeluang pandu uji kenderaan tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Berhad, Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Radzaif Mohamed.

Pada masa ini, Proton menganjurkan pratonton pelanggan untuk model X70 sejak 19 September lalu sehingga 4 November sebelum melancarkan SUV tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan