Muhyiddin Yassin
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kesihatannya bertambah baik selepas beliau menjalani beberapa rawatan termasuk melakukan kimoterapi.

Malah, Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau mampu menjalankan tugas meskipun masih lagi mengalami masalah kesihatan.

“Saya datang ke sini sudah tentu ingin menunjukkan kepada anda bahawa saya masih hidup dan sihat. Tetapi untuk berlaku adil saya merasakan lebih baik setiap hari.

“Sementara saya pergi ke fasa kedua rawatan kimoterapi. Saya pergi ke mesyuarat Kabinet semalam kerana saya tidak boleh duduk di rumah sahaja, saya mahu lakukan sesuatu.

“Saya juga sudah bermesyuarat dengan pegawai saya di kementerian, di rumah. Kerja sudah berjalan namun ia masih terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM di Petaling Jaya hari ini.

Muhyiddin, 71, sebelum ini dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura
bagi menjalani pembedahan membuang tumor.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri mengambil cuti berminggu-minggu ekoran menjalani rawatan tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan