TERKINI : Azeez Rahim bersama Abangnya Serta Seorang Individu Direman – SPRM

26
0

Ahli Parlimen UMNO Baling yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya Abdul Latif Abdul Rahim serta seorang lagi individu berusia 30an direman selama empat hari sehingga 29 September ini untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua dua suspek dibenarkan ditahan reman oleh Mahkamah Majistret Putrajaya petang ini.

Kedua-duanya dipercayai ditahan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Tinggalkan Jawapan