TERKINI: Pas Bulanan Tanpa Had Perjalanan untuk Golongan B40 – Wan Azizah

Kerajaan sedia melaksanakan perkhidmatan pas bulanan tanpa had perjalanan untuk golongan B40 yang menggunakan perkhidmatan komuter dan bas rapid.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan cadangan yang diutarakan oleh pihak kementerian pengangkutan selepas membuat penilaian terhadap perkara itu.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan dibawa ke Kabinet sebelum diputuskan. “Cadangan ini tertakluk kepada keputusan jemaah menteri kerana ada kaitan dengan kos dan subsidi.

“Ia menggunakan jumlah perbelanjaan yang banyak iaitu sekitar RM300 juta setahun,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang pertama di sini hari ini.