TERKINI : Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Umum Agihan Pendapatan 6sen Seunit untuk ASM 3 – PNB

36
0

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan bagi Amanah Saham 1Malaysia sebanyak 6 sen seunit yang melibatkan pembayaran keseluruhan sebanyak RM755 juta.

Menurut Pengerusi PNB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, lebih 440,000 pemilik akaun yang memegang 12.7 bilion unit dana amanah tersebut bakal menerima pembayaran agihan pendapatan masing-masing pada 1 Oktober ini melalui pelaburan semula secara automatik dan dikreditkan ke akaun pemegang unit.

Bermula 15 Oktober ini, Amanah Saham 1Malaysia bakal dikenali sebagai Amanah Saham Malaysia 3 (ASM3).

Tinggalkan Jawapan