Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberitahu, beliau telah menulis surat kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk berhenti daripada menjadi ahli UMNO dua hari lepas.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberitahu, beliau telah menulis surat kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk berhenti daripada menjadi ahli UMNO dua hari lepas.
PORT DICKSON – Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberitahu, beliau telah menulis surat kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk berhenti daripada menjadi ahli UMNO dua hari lepas.
“Saya beri (surat) kepada Bahagian dan esok lusa dia beri kepada pejabat,” katanya dalam sidang media di sini malam tadi.
Menurut Isa, tidak timbul soal dipecat kerana beliau sememangnya telah berhenti daripada menjadi ahli UMNO.
Ditanya sama ada beliau kecewa apabila UMNO memutuskan tidak bertanding di Port Dickson,  Isa menjelaskan pendiriannya bahawa sebagai sebuah parti, sememangnya keputusan tersebut amat merugikan.
Beliau juga melahirkan rasa kecewa kerana Negeri Sembilan jatuh ke tangan Pakatan Harapan.

PRK Port Dickson akan diadakan pada 13 Oktober ini manakala penamaan calon adalah pada Sabtu, 29 September dan hari undi awal adalah pada 9 Oktober.

Setakat ini, lima nama telah mengesahkan bahawa mereka akan bertanding.

Mereka adalah calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nazari, Isa Samad atas tiket bebas, Ahmad Kamarudin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang lagi calon bebas, Stevie Chan.

Dikatakan salah seorang bekas pemimpin reformasi, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor juga akan bertanding atas tiket bebas.

Jika Ezam sah bertanding, PRK Port Dickson bakal menyaksikan pertandingan enam penjuru.

Ahli Parlimen Port Dickson sebelum ini, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi tersebut pada 12 September lepas untuk memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Danyal memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 17,710 undi, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas. – MalaysiaGazette

Isa bakal beri saingan kepada Anwar

Tinggalkan Jawapan