Foto Instagram Izham Tarmizi.

KUALA LUMPUR – Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi bergelar bapa apabila isterinya yang juga pelakon, Mia Ahmad selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi oleh Izham di laman Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakan. It’s a boy,” tulisnya di laman tersebut.

imageIzham, 27, dan Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi, 30, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Mia yang mula mencipta nama menerusi drama Hati Perempuan pernah keguguran sebelum ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan