Janna Nick
Janna Nick. foto FAREEZ FADZIL, 11 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Nampaknya episod mengecam pelakon Janna Nick tidak berakhir dengan isu kutuk betis kaki baru-baru ini.

Terbaharu, sebuah akaun Instagram memuat naik gambar daripada Instagram Janna berkenaan iklan yang dibuatnya untuk membuat ucapan ulang tahun berbayar.

Menerusi gambar tersebut, servis ucapan itu bernilai RM50 untuk rakamn video ucapan daripadanya.

Iklan Janna NickRata-rata netizen mengecamnya dan berkata, apa yang dilakukan Janna tidak wajar.

“Apakah bangang nak artish ucap birthday pun kena bayar. Sampai hati korang buat peminat macam ni. Kesian siapa jadi peminat dia,” kata ccgurlz86.

“Dia tak gila, yang gila siapa yang sanggup bayar tu. Gila bertingkat-tingkat namanya,” kata queennofshadzrills.

Tidak kurang ada juga menganggap Janna sudah kurang menerima tawaran berlakon dan terdesak untuk menjana pendapatan.

“Sebab kerja sekarang dah kurang ke macam mana,” kata maryaibrahim.

KomenUmum mengetahui, selebriti sering menggunakan ‘paid review’ sebagai salah satu cara menjana pendapatan, di mana mereka mengiklankan produk tertentu termasuk makanan di media sosial.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan