Khalid Abdul Samad
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (kiri) mengatakan sesuatu kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad (kanan) pada sidang media Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 di Kementerian Pendidikan, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 28 SEPTEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Tidak wajar untuk mempertikaikan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) terhadap Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020.

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata, penilaian itu dibuat secara adil melalui persaingan dengan beberapa negara termasuk China.

“Tapi yang penting saya rasa pengiktirafan bukan diperoleh sendiri ia dibuat oleh Unesco setelah penilaian.

“Saya difahamkan ada saingan yang sengit ia bkan perkara yang mudah, ramai yang berminat salah satunya bandaraya di China yang juga inginkan pengiktirafan itu.

“Tapi setelah penilaian berdasarkan apa yang sedang dan telah dan akan kita lakukan maka pengiktirafan itu telah diserahkan kepada Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media khas Kuala Lumpur Sebagai Ibu Kota Dunia 2020 di Kementerian Pendidikan Tinggi sebentar tadi.

Turut hadir dalam sidang media itu Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Bagaimanapun, penulis Faisal Tehrani mempertikaikan pengiktirafan tersebut.

Faisal juga sebelum ini pernah mendakwa wujud usaha gelaran itu oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Sementara itu, Maszlee berkata, asas kepada pengiktirafan itu adalah Kuala Lumpur mengusahakan pelbagai aktiviti perbukuan yang aktif seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), kepelbagaian institusi pernbukuan, pembinaan Muzium Bhasa dan Sastera (DBP), Pembangunan Kota Buku dan Pembangunan Karyawan Muda. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan