Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR-Lebihan dagangan Malaysia dijangka mengecil kepada RM6.4 bilion pada Ogos berikutan RM8.3 bilion yang dicatat Julai, kata Moody’s Analytics.

Menurutnya, kategori teknologi muncul kembali dengan eksport meningkat 23.6 peratus tahun ke tahun pada Julai dan tidak berkemungkinan mengulangi prestasi sama pada Ogos.

“Bagaimanapun, penghantaran barangan elektrikal dan elektronik masih membantu dalam menyerap kelemahan yang berterusan dalam penghantaran minyak sawit, yang bergelut dari segi asas jumlah dan nilai,” kata penyedia perkhidmatan dan perisian analisa kewangan itu dalam Asia-Pacific Economic Preview untuk Oktober 1 hingga 5, 2018.

Moody’s Analytics juga menyatakan bahawa harga minyak sawit sudah semakin baik pada September yang mana ia dapat dilihat sebagai eksport yang lebih baik, terutama di waktu ringgit yang lemah.

Prestasi dagangan untuk Ogos 2018 dijangka diumumkan minggu depan. – BERNAMA