NEW YORK/SAN FRANCISCO – Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti AS menuduh Ketua Eksekutif Tesla Inc., Elon Musk melakukan penipuan dan perlu digugurkan daripada syarikat pembuat kereta elektrik tersebut susulan tweet Musk yang mengatakan beliau mahu menjadikan Tesla sebuah syarikat persendirian bulan lepas.

Musk,47, adalah wajah awam bagi Tesla dan kehilangan beliau mungkin akan menyebabkan syarikat yang sedang mengalami kerugiaan itu semakin parah kerana hilang keyakinan pelabur.

Jabatan Kehakiman yang mempunyai kuasa untuk melakukan pendakwaan terhadap kes jenayah turut menyoal siasat syarikat pengeluar kereta itu berhubung tweet Musk.

Saham Tesla jatuh 12 peratus selepas beberapa jam didagangkan.

“Elon adalah Tesla dan Tesla adalah Elon,” kata Penerbit Eksekutif Kelley Blue Book, Karl Brauer.

Musk dalam satu kenyataan berkata, beliau tidak membuat sebarang kesalahan dan tindakan tidak adil yang dibuat oleh SEC menyedihkan beliau.

“Integriti adalah nilai yang sangat penting dalam hidup saya dan hakikatnya saya tidak pernah berkompromi,” katanya.-Agensi