KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini pengguna media sosial terpengaruh dengan ‘Keke Challenge’ menari sambil turun dari kereta yang sedang bergerak, kini kita disajikan dengan cabaran baru iaitu ‘Falling Stars Challenge’.

Cabaran ini menggunakan mengajar orang ramai di akaun Instagram khususnya berkongsi foto jatuh tersembam.

Ia dilakukan majoriti daripada pintu keluar kereta.

Trend ini dipercayai bermula daripada Rusia dan di kalangan jutawan di sana.

Bukan sahaja kereta mewah, mereka melakukan cabaran itu dengan jet peribadi, helikopter dan banyak lagi.

Seperti ‘Keke Chalenge’, ‘Falling Stars Challenge’ ini dijangka akan menerima pelbagai pandangan daripada netizen jika menular di Malaysia.

Selepas ‘Keke Challenge’ netizen juga ramai yang terpengaruh dengan ‘Dele Challenge’ yang menunjukkan taktik memusingkan jari. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan