Nor Shamsiah Mohd Yunus

KUALA LUMPUR- Syarikat-syarikat insurans digesa supaya bergabung supaya mampu bersaing dengan baik, meningkatkan prestasi dan inovasi serta memecahkan pasaran baharu.

Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Yunus berkata, sudah tiba masanya ekonomi Malaysia melalui transformasi dalam sektor insurans.

“Sektor insurans turut memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemampanan pasaran kewangan negara.

“Dalam beberapa siri kemeruapan pasaran kebelakangan ini, syarikat insurans dan takaful bersama-sama bank telah berjaya menstabilkan pasaran,” katanya semasa berucap di majlis pembukaan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia ke-8 di sini hari ini.

Tambah Nor Shamsiah, insurans merangkumi 1.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan hanya 5.8 peratus daripada aset kewangan sekaligus menunjukkan masih banyak potensi di dalam industri tersebut yang masih belum diteroka.

Jelasnya, bagi mencapai matlamat untuk mencapai potensi sebenar industri insurans, beliau mahu syarikat-syarikat insurans bergabung.-MalaysiaGazette