tsunami
Rakaman video menunjukkan tsunami melanda Palu, Sulawesi.

JAKARTA -Agensi Meterologi, Kaji Cuaca dan Geofizik (BMKG) mengesahkan gempa bumi yang melanda Sulawesi telah mencetuskan tsunami, lapor AP dan Reuters.

Kenyataan itu dilakukan selepas tersiar rakaman video dalam talian yang memaparkan tsunami melanda sebuah bandar di wilayah tersebut.

Tsunami setinggi sehingga dua meter melanda wilayah Palu selepas gampa bumi
namun menurut pihak berkuasa air telah surut, lapor RT.

Tiada maklumat mengenai mangsa dikeluarkan.

Sulawesi Tengah dilanda dua gempa bumi kuat selang beberapa jam

Gempa bumi berskala 7.7 itu menggegarkan Sulawesi Tengah tidak lama
selepas gegaran bermagnitud 6.0 menggegarkan Donggala yang juga
terletak di Sulawesi Tengah mengakibatkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 orang tercedera.

BMKG telah mengeluarkan amaran tsunami namun menarik balik tidak lama selepas itu selepas gegaran yang lebih kuat berlaku pada pukul 5.02 waktu Jakarta, hanya beberapa jam selepas gempa bumi pertama.

Laman sesawang Kajian Geologi Amerika Syarikat menunjukkan gempa bumi itu
berskala 7.5. – Agensi