Tidak lebih 80 aksara, itulah panjang maksimum yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada ibu bapa yang hendak mendaftarkan nama anak yang baru dilahirkan.
Tidak lebih 80 aksara, itulah panjang maksimum yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada ibu bapa yang hendak mendaftarkan nama anak yang baru dilahirkan.

ARAU – Tidak lebih 80 aksara, itulah panjang maksimum yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada ibu bapa yang hendak mendaftarkan nama anak yang baru dilahirkan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jasri Kasim berkata selain tidak boleh memberi nama terlalu panjang, ibu bapa juga tidak digalakkan meletakkan nama-nama yang membawa maksud tidak baik.

“Nama-nama singkatan seperti “Abd” juga tidak dibenarkan dan mesti dieja penuh ‘Abdul’ atau ‘Mohd’ mesti dieja ‘Mohamad’,’’ katanya kepada pemberita pada program Kembara Mobile JPN semalam

“Mengikut rekod kita, nama terpanjang pada masa ini ialah 78 aksara sebanyak 4 patah perkataan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan