kasut
Kasut yang berharga AS$17 juta ini dihiasi lebih daripada 100 berlian di atas emas putih itu.

DUBAI – Sepasang kasut yang ditatah dengan berlian kini dibuka untuk jualan
pada harga AS$17 juta.

Kasut yang dihiasi lebih daripada 100 berlian di atas emas putih itu dipamerkan
dalam bekas berbentuk berlian di Hotel Burj Al Arab.

“Kami boleh melihat beberapa pembeli berpotensi di sini, Dubai merupakan
bandaraya milionaire dan bilionaire.

“Pada masa depan kami akan mereka khas dan menyediakan tempahan (kasut), bukan sahaja berlian tetapi juga rubi dan batu permata nilam,” kata Ketua Eksekutif Passion Jewellers, Hemani Karamchandani seperti dipetik Reuters.

Idea menghasilkan kasut itu tercetus daripada rakan kongsi Karamchandani, Maria Majari yang mengikuti kajian fesyen di Dubai dan London.

Beliiau mendapati terdapat jurang pasaran antara pakaian dan beg tetapi bukan kasut.

Berlian akan kekal selama-lamanya tetapi bagaimana pula kulit? Harga kasut itu meliputi jaminan sepanjang hayat yang bermakna ia akan diganti sekiranya lusuh. – Agensi