Calon PAS, Mohd Nazari Mokhtar (dua kanan) ketika menghantar borang pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Majlis Perbandaran Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 29 SEPTEMBER 2018

PORT DICKSON – Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson ditutup tepat pukul 10 pagi selepas dibuka pukul 9.00 pagi ini.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairy Maamor di sini.

Setakat ini, seramai lapan calon menyerahkan borang pencalonan termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar ibrahim dan bekas Anggota Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Bagaimanapun keputusan senarai calon yang layak bertanding dijangka diketahui pada pukul 10.30 pagi ini di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini. — BERNAMA