Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama dua orang suspek diiringi pegawai SPRM bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 26 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Tempoh tahanan reman bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang sepatutnya berakhir hari ini dijangka dilanjutkan sehingga esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Adam malam tadi.

Beliau mendakwa, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memohon sambungan perintah reman itu bagi membolehkan Azeez didakwa terus ke mahkamah esok (Isnin).

Lokman berkatat, beliau juga dimaklumkan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga bakal didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Rabu lalu, Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling direman empat hari bagi membantu  siasatan salah laku dalam pemberitan kontrak Tabung Haji.

Turut direman abangnya Abdul Latif Abdul Rahim serta seorang lagi individu dipercayai saudaranya dalam lingkungan usia 30-an. – MalaysiaGazette

Abdul Azeez direman empat hari bantu siasat kes kontrak Tabung Haji