Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersalaman dengan calon Bebas, Saiful Bukhari Azlan ketika menghantar borang pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Majlis Perbandaran Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 29 SEPTEMBER 2018

PORT DICKSON – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersalaman dengan bekas bossnya ketika menghantar borang pencalonan untuk Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Saiful sebelum itu memberitahu media tidak sabar mahu bertemu Anwar yang kali terakhir ditemui semasa perbicaraan kes liwat.

PRK menyaksikan lapan calon mengemukakan borang pencalonan termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan