tsunami
Rakaman video menunjukkan tsunami melanda Palu, Sulawesi.

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 30 terkorban akibat tsunami yang melanda Palu, Sulawesi, semalam.

Sebuah pusat membeli-belah musnah disebabkan gempa bumi tersebut manakala dalam satu video yang dipercayai diambil malam tadi, Dr. Komang Adi Sujendra berkata, 30 orang sah terkorban dan telah dibawa ke hospital manakala 12 lagi yang tercedera memerlukan pembedahan ortopedik segera.

Pihak berkuasa mempunyai masalah untuk mengatur operasi menyelamat mangsa kerana gempa bumi sekuat 7.5 magnitud itu telah mengakibatkan bekalan elektrik dan komunikasi di sekitar Palu serta pekan nelayan di Donggala terputus.

Masih tiada angka kematian rasmi dikeluarkan pihak berkuasa pada Sabtu bagaimanapun malam tadi, laporan rasmi awal menunjukkan kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat terperangkap dalam runtuhan bangunan.- Agensi