TERKINI : “Kalau Orang Baling Tahi Kita Baling Bunga!” – Saifuddin Nasution

PKR akan menggunakan pendekatan dan fokus narafif dengan memujuk, mendorong dan mengajak di pengundi di Port Dickson untuk keluar beramai ramai mengundi pada Pilihan raya Kecil 13 Oktober ini.

Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti berusia 20 tahun itu kini tidak lagi mahu mengamalkan cara konvensional iatu asyik berceramah mega seperti yang diamalkan pada setiap kempen sebelum ini.

Kata beliau, tiga pendekatan itu penting bagi Pakatan Harapan serta PKR khususnya kerana keputusan peratusan keluar mengundi terendah pada tiga PRK di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong mencetuskan ujian getir yang harus dihadapi kali ini.