TERKINI : “Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri di PAU 2018

Mesyuarat pergerakan bagi tiga sayap pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pagi ini.

Majlis perasmian bagi perhimpunan tersebut bermula pukul 8.10 pagi dengan dimulai upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa, nyanyian lagu pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita, nyanyian lagu UMNO dan sesi bergambar kenangan bersama Ahli Majlis tertinggi parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tiba di dataran di hadapan Dewan Merdeka bagi acara perasmian pukul 8 pagi disambut Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.