TERKINI : “Rakyat Sudah Hukum! Lima Teras Penjenamaan Baharu Pemuda UMNO” – Asyraf Wajdi

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjenamakan semula sayap parti itu sebagai usaha untuk memulihkan kembali sokongan rakyat kepada parti itu, selepas mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, lima teras itu ialah menjuarai agenda rakyat, menyantuni kepelbagaian anak muda, memperkukuh nilai inklusif, pengislahan Pemuda dan penjenamaan semula Pemuda.

Menurut beliau, penjenamaan baharu itu bukan bererti Pemuda UMNO melupakan sejarah kegemilangan yang lalu atau menafikan sumbangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu.