Datuk Mohamad Nordin Ibrahim telah berkhidmat dalam kerajaan selama lebih 34 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam pada 31 Januari 1984.
Mohamad Nordin Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk Tahun 5 Kelas al-Quran dan Fardu Ain akan bermula esok sehingga Khamis.

Ia melibatkan 220,076 calon yang akan mengambil ujian yang diadakan di 5,904 pusat di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, UPKK diadakan untuk mengukur dan menilai tahap penguasaan kanak-kanak dalam menghayati al-Quran dan Fardu Ain.

“Selamat menduduki UPKK 2018,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan