Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu depan ketika memasuki tempoh suku keempat 2018, dipacu terutama oleh harga minyak mentah lebih kukuh dan kadar tukaran yang kompetitif, kata peniaga.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee berkata, pada minggu depan, beliau menjangkakan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan kembali berada dalam aliran sempit antara 1,790 dan 1,810 memandangkan pelabur mencari petunjuk bagi Bajet 2019 pada November ini.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, FBM KLCI telah meningkat lebih 100 mata pada suku ketiga.

Beliau berkata, kepada Bernama, prestasi itu agak baik, dengan mengambil kira pasaran terpaksa bergelut dengan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin meningkat, kenaikan kadar faedah AS dan kemungkinan penularan faktor negatif dari Turki dan Argentina.

“Pada masa ini, Rizab Persekutuan AS dijangkakan menaikkan kadar secara beransur-ansur dan harga minyak mentah kekal kukuh di paras tinggi.

“Oleh itu, kadar tukaran kita yang kompetitif sewajarnya membantu menggalakkan permintaan luaran yang boleh memberi manfaat kepada industri berorientasikan eksport seperti semikonduktor, sarung tangan getah dan sedikit sebanyak bagi minyak dan gas,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, pelabur turut akan mendapatkan lebih banyak pemangkin pasaran tempatan daripada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas dan Bajet 2019 yang masing-masing akan dibentangkan pada 18 Okt dan 2 Nov ini.

“Pasaran sedang mendapatkan lebih kejelasan mengenai penentuan dasar bagi masa depan,” katanya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, penanda aras FBM KLCI ditutup 5.49 mata lebih rendah pada 1,793.15.

Indeks FBM Emas turun 74.74 mata kepada 12,533.22, Indeks FBMT100 susut 86.49 mata kepada 12,336.84 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 57.38 mata kepada 12,678.56.

FBM 70 naik 26.30 mata kepada 14,873.26 manakala FBM Ace melonjak 182.25 mata kepada 5,386.69.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 169.21 mata kepada 17,799.45, Indeks Perladangan turun 12.25 mata kepada 7,539.94 dan Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri turun 0.78 mata kepada 177.56.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 8.17 bilion unit bernilai RM8.85 bilion daripada 7.8 bilion unit bernilai RM9.5 bilion pada minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 5.74 bilion saham bernilai RM8.28 bilion daripada 5.27 bilion saham bernilai RM8.89 bilion yang dicatatkan pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu depan ketika memasuki tempoh suku keempat 2018, dipacu terutama oleh harga minyak mentah lebih kukuh dan kadar tukaran yang kompetitif, kata peniaga.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee berkata pada minggu depan, beliau menjangkakan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan kembali berada dalam aliran sempit antara 1,790 dan 1,810 memandangkan pelabur mencari petunjuk bagi Bajet 2019 pada November ini.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata FBM KLCI telah meningkat lebih 100 mata pada suku ketiga.

Beliau berkata kepada Bernama, prestasi itu agak baik, dengan mengambil kira pasaran terpaksa bergelut dengan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin meningkat, kenaikan kadar faedah AS dan kemungkinan penularan faktor negatif dari Turki dan Argentina.

“Pada masa ini, Rizab Persekutuan AS dijangkakan menaikkan kadar secara beransur-ansur dan harga minyak mentah kekal kukuh di paras tinggi.

“Oleh itu, kadar tukaran kita yang kompetitif sewajarnya membantu menggalakkan permintaan luaran yang boleh memberi manfaat kepada industri berorientasikan eksport seperti semikonduktor, sarung tangan getah dan sedikit sebanyak bagi minyak dan gas,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, pelabur turut akan mendapatkan lebih banyak pemangkin pasaran tempatan daripada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas dan Bajet 2019 yang masing-masing akan dibentangkan pada 18 Okt dan 2 Nov ini.

“Pasaran sedang mendapatkan lebih kejelasan mengenai penentuan dasar bagi masa depan,” katanya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, penanda aras FBM KLCI ditutup 5.49 mata lebih rendah pada 1,793.15.

Indeks FBM Emas turun 74.74 mata kepada 12,533.22, Indeks FBMT100 susut 86.49 mata kepada 12,336.84 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 57.38 mata kepada 12,678.56.

FBM 70 naik 26.30 mata kepada 14,873.26 manakala FBM Ace melonjak 182.25 mata kepada 5,386.69.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 169.21 mata kepada 17,799.45, Indeks Perladangan turun 12.25 mata kepada 7,539.94 dan Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri turun 0.78 mata kepada 177.56.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 8.17 bilion unit bernilai RM8.85 bilion daripada 7.8 bilion unit bernilai RM9.5 bilion pada minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 5.74 bilion saham bernilai RM8.28 bilion daripada 5.27 bilion saham bernilai RM8.89 bilion yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

Waran merekodkan jumlah dagangan sebanyak 1.11 bilion unit bernilai RM236.76 juta berbanding 1.49 bilion unit bernilai RM383.58 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE bertambah kepada 1.32 bilion saham bernilai RM328.55 juta daripada 1.03 bilion saham bernilai RM229.39 juta pada Jumaat minggu lepas. – MalaysiaGazette