Eddy Chen

KUALA LUMPUR – Tan Sri Eddy Chen dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa esok.

Beliau menggantikan Tan Sri Alies Nor Abdul yang meletak jawatan pada 1 Jun lalu.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Eddy yang merupakan bekas Presiden Persatuan Perumahan Hartanah dan Perumahan (REHDA) memiliki pengalaman luas dalam pembangunan hartanah.

Dalam kenyataan sama, Pejabat Perdana Menteri juga mengumumkan Datuk Faris Yahaya, Mohd Ali Abdul Karim dan Ahmad Shahrul Mohamed sebagai Ahli Lembaga Pengarah PR1MA yang baharu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan