Tun Dr. Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak lagi menyokong kepimpinan Aung San Suu Kyi berikutan kegagalannya dalam menangani krisis Rohingya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Suu Kyi nampaknya sudah berubah kerana tidak mahu bertindak terhadap kekejaman tentera terhadap komuniti Rohingya.

“Oleh itu, kita membuat ketetapan jelas bahawa kami tidak menyokong beliau lagi,” katanya dalam wawancara bersama TRT World.

Dr Mahathir berkata, beliau juga tidak percaya akan Suu Kyi lagi.

Beliau mengaku telah menulis surat kepada Suu Kyi tetapi masih belum dibalas.

“Saya menyatakan rasa tidak puas hati terhadap layanan Rohingya. Malah, Malaysia menerima sejumlah besar penduduk Rohingya,” ujarnya.

Dr Mahathir telah berucap di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung isu Rohingya.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir telah mengkritik Myanmar dan Suu Kyi kerana menafikan penduduk Rohingya telah dibunuh, kediaman mereka dimusnahkan hingga menyebabkan beratus-ratus ribu penduduk itu menjadi pelarian. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan