Pemandangan kemusnahan Kepulauan Palu, Sulawesi selepas dilanda tsunami pada 28 September lalu. foto Reuters

SULAWESI – Lebih daripada 400 orang disahkan meninggal dunia selepas berlaku tsunami susuan gempa bumi di kepulauan Indonesia itu.

Pihak berkuasa menjangkakan jumlah kematian meningkat selepas Sulawesi dilanda gempa bumi kuat dengan 7.5 magnitud pada Jumaat lalu.

Berpuluh-puluh mangsa juga dilaporkan terperangkap dalam runtuhan di sebuah hotel di bandar Palu selepas ombak setinggi enam meter melanda.

Usaha mengesan mangsa-mangsa juga sukar kerana jentera-jentera berat tidak dapat memasuki kawasan akibat jalan rosak.

tsunami2
Kawasan kediaman penduduk di Pulau Palu musnah selepas dilanda tsunami pada 28 September lalu. foto Reuters

Ketika tsunami berlaku beratus-ratus orang sedang berkumpul untuk perayaan di pantai.

Rakaman video amatur menunjukkan ombak besar turut ‘merempuh’ kediaman-kediaman di sepanjang Pantai Palu, kontena-kontena kapal dan beberapa masjid terjejas akibat banjir.

Mayat-mayat mangsa ditemui di sepanjang pantai.

Presiden Indonesia, Joko Widodo dijadual melawat pusat pemindahan hari ini.

Media Kompas melaporkan bencana alam itu menyebabkan kira-kira 10,000 orang kehilangan tempat tinggal. – MalaysiaGazette