Kakitangan beberapa syarikat milik kerajaan dipercayai masih lagi menunggu lampu hijau daripada Kementerian Kewangan untuk kelulusan bagi pembayaran bonus.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan membuka kaunter pertanyaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya.

Ia membolehkan pihak berkepentingan dari pelbagai sektor perdagangan dan industri boleh memberikan sebarang maklum balas mahupun aduan terhadap pelaksanaan SST.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kaunter pertanyaan tersebut akan dibuka bermula 2 Oktober 2018 dan beroperasi ari jam 9 pagi sehingga 1 petang setiap minggu.

Sebanyak 10 kiosk dan 12 kaunter akan beroperasi sepanjang waktu ini.

Kementerian Kewangan juga telah melantik dua pegawai dari Pejabat Menteri Kewangan untuk menangani sebarang aduan, pandangan dan pertanyaan sepanjang kaunter ini dibuka.

Mereka adalah akauntan bertauliah Datuk Ooi Kok Seng dan juga bekas Ketua Pegawai Kewangan syarikat antarabangsa, Toh Yen Kee.

Kedua-dua mereka akan berada di kaunter pertanyaan untuk membantu orang awam sehingga
bilangan aduan berkurangan.

Setakat ini, 18 sesi taklimat soal jawab SST telah diadakan di seluruh Malaysia yang dihadiri oleh lebih 15,000 peserta.

Guan Eng juga memberitahu telah menurunkan kadar cukai SST daripada 10 peratus kepada 5 peratus untuk tayar pneumatik dan motosikal elektrik. – MalaysiaGazette