Jose Mourinho. Foto Instagram

LONDON – Manchester United bakal kehilangan Jose Mourinho dalam terdekat kerana pengurus itu kemungkinan besar dipecat selepas tewas kepada West Ham, malam tadi.

Mourinho terpaksa mengharungi minggu yang paling malang apabila United sekadar terikat seri dengan Wolves minggu lalu, sebelum tersingkir di tangan Derby County pada aksi Piala Carabao  pada pertengahan minggu dan kemudian tewas 1-3 di Stadium London.

Kelab itu kini menduduki tangga ke-10, ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Manchester City.

Malah lebih buruk lagi, hubungan Mourinho dengan pemainnya berapda peringkar kritikal.

Barisan pemain yang diturunkan Mourinho ketika aksi menentang West Ham juga mendapat kritikan hebat.

The Daily Mail melaporkan pemain dan pasukan kejurulatihan percaya Mourinho mungkin dipecat dalam minggu ini.

Pasukan itu pulang ke Manchester menggunakan kereta api dan masa depan Mourinho menjadi topik hangat yang dibualkan mereka sepanjang perjalanan tersebut.

Mourinho dikatakan bermalam di London dengan kesemua skuad United kembali ke Manchester tanpa kelibatnya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan