Safawi Rasid. Foto Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Safawi Rasid menjadi wira Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila menjaringkan dua gol untuk menewaskan Pahang 2-0 pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan semakin hampir untuk mempertahankan kejuaraan piala berprestij itu selepas mara menerusi agregat 3-1 dan akan berdepan Terengganu pada aksi separuh akhir.

Sabah layak ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama selepas 11 tahun apabila menewaskan Kelantan 1-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah layak menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan walaupun kedudukan agregat terikat 2-2. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan