Calon Bebas, Tan Sri Isa Samad bercakap kepada media selepas melawat penduduk Kampung Jimah Lama sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 30 SEPTEMBER 2018
Calon Bebas, Tan Sri Isa Samad bercakap kepada media selepas melawat penduduk Kampung Jimah Lama sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 30 SEPTEMBER 2018

 

PORT DICKSON – Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain untuk bertanding di Parlimen Port Dickson sehingga terpaksa membuat pengorbanan keluar UMNO yang dianggotai sejak 40 tahun lalu.

Calon bebas Pilihan Raya Kecil Port Dickson itu, beliau berkemungkinan berdepan pemecatan dari kepimpinan tertinggi parti jika bertanding sebagai ahli UMNO.

“Saya tidak ada pilihan lain, terpaksa berhenti menjadi ahli untuk bertanding bebas. kalau tak mungkin dipecat.

“Lagipun saya tidak mahu mendengar berita bahawa “Tan Sri Isa dipecat UMNO’,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pengundi Kampung Jimah Lama hari kedua berkempen.

Ditanya sama ada hati dan jiwanya masih bersama UMNO, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang itu juga berkata, beliau tidak kecewa atau sedih meninggalkan parti berusia 72 tahun itu.

Sebaliknya bekas Pengerusi Felda itu menegaskan fokus beliau kini tertumpu sepenuhnya kepada PRK.

“Saya sudah keluar (UMNO).. jadi fokus saya ialah menang di sini (PD) dan berkhidmat untuk orang sini.

“Kalau saya sedih memikirkan bermacam macam isu,, UMNO itu dan ini, akan hilang fokus pada kempen PRK.

“Jiwa (bersama UMNO) tak tahu..ada orang pernah memegang jawatan tertinggi dan lama dalam UMNO tidak ada masalah, jadi saya pun takde masalah tinggalkan parti (UMNO),” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan