Syed Zaid Albar

KUALA LUMPUR – Datuk Syed Zaid Albar dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Syed Zaid menggantikan Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Pejabat Perdana Menteri yang membuat pengumuman itu berkata, Syed Zaid adalah graduan undang-undaang di United Kingdom.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 38 tahun dalan undang-undang di Skrine & Co dan di firma guaman miliknya, Albar & Partners.

Syed Zaid juga ahli siasatan panel pampasan dan juga ahli jawatankuasa rayuan di Bursa Malaysia Berhad.

Selain itu, beliau adalah ahli jawatankuasa kajian semula undang-undang kewangan Islam di Bank Negara Malaysia.

“Kepakarannya meliputi pelbagai sektor seperti undang-undang korporat, pasaran modal, sukuk, perbankan Islam dan konvensional,” kata kenyataan itu. – MalaysiGazette