Home Nasional Bekas Presiden LD nafi gelapkan dana

Bekas Presiden LD nafi gelapkan dana

97
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, VK Liew menafikan dakwaan menggelapkan dana untuk Parti Liberal Demokratik (LDP) yang pernah dipimpinnya.

Bekas Presiden LDP itu berkata, semua transaksi direkod dan diterangkan, diaudit selepas diluluskan oleh perwakilan parti dari 2006 hingga 2012.

Liew berkata, beliau tidak tahu tentang dana parti sejak 2013 kerana dia bukan lagi presiden ketika itu.

“Masih ada wang yang berbaki dalam akaun parti apabila mereka menggantung saya sebagai ahli dan secara tidak mengikut Perlembagaan membuang saya sebagai ketua parti pada Oktober 2013,” katanya dipetik sebagai berkata di London ketika mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas beliau, bekas Menteri kerajaan negeri, Datuk Teo Chee Kang dan pemangku presiden Datuk Chin Su Phin bertanggungjawab selepas penggantungannya.

“Bagaimana saya dapat memasuki pejabat sedangkan mereka mengunci pintu pada masa itu?” katanya.

Terdahulu sebuah blog mendakwa 2 cek bernilai RM3.5 juta dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada LDP pada 2013.

Penulis blog mendakwa Liew menekan dan memaksa Bendahari parti menandatangani cek itu serta menunaikannya tanpa pengetahuan ahli-ahli lain.

Laporan pada 27 September lalu memetik Chin sebagai berkata kenyataan itu dibuat oleh Setiausaha Agung LDP kepada polis dua minggu lalu.

Liew Vui Kong menyertai Parti Warisan Sabah pada sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan