Ketua Gabungan Pembebasan Akademik IPT, Asheeq Ali Sethi Aliv bercakap kepada media selepas membincangkan Akta Universiti Kolej Universiti bersama Menteri Pendidikan di The Everly Hotel, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 01 OKTOBER 2018.

PUTRAJAYA –

Perkara itu diumumkan oleh wakil mahasiswa daripada Gabungan Akademik, Asheeq Ali selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik petang tadi.

Hadir sama, waki’ mahasiswa daripada Universiti Melayu (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Apa yang telah diberitahu pihak kementerian tadi, mesyuarat Kabinet telah memutuskan semua pendakwaan di bawah AUKU digugurkan serta-merta,” katanya kepada pemberita. 

Asheeq juga menyambut baik keputusan untuk memberi kebebasan kepada mahasiswa mengadakan pilihan raya kampus dengan bebas tanpa campur tangan pihak universiti. 

Beliau turut menggesa semua universiti awam menerima hakikat perubaham kerajaan selepas pilihan raya yang lalu.

Katanya, perubahan itu akan memberi kesan kepada mahasiswa yang lebih terbuka dan bebas bersuara termasuklah terlibat dalam politik.

“Di sini saya juga mengambil peluang untuk menggesa semua pihak univerisiti untuk menerima kenyataan kerajaan sudah berubah kepada era Malaysia baharu, di mana mahasiswa perlu diberi kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk bertanding dalam pilihan raya kampus tanpa ada campur tangan atau ugutan daripada mana-mana pihak,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan