SINGAPURA- Harga minyak mentah mencecah paras tertinggi sejak November 2014 pada Isnin disebabkan sekatan AS terhadap Iran yang juga merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar dalam Pertubuhan Negara-negera Pengeksport Petroleum (OPEC), bulan depan.

Kontrak hadapan penanda aras minyak mentah Brent LCOc1, meningkat setinggi AS$83.27 setong dan pada 0339 GMT ia naik 48 sen kepada AS$83.21 berbanding ketika dagangan akhir.

US West Intermediate (WTI) pula naik 32 sen kepada AS$73.57 setong.

Menurut ANZ Bank, pasaran sedang meninjau kemungkinan harga minyak berada pada AS$100 setong.

Salah satu petunjuk terhadap impak pasaran apabila AS mengenakan sekatan terhadap Iran, China Sinopec berkata, ia mengurangkan bekalan minyak mentah Iran kepada separuh bulan ini.

China merupakan pembeli terbesar minyak Iran.-Agensi

Tinggalkan Jawapan