Mayat-mayat mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Indonesia dikebumikan dalam kubur besar. foto AP

PALU – Para sukarelawan memulakan pengebumian mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda selatan Sulawesi dalam kubur besar.

Pihak berkuasa berkata, pengebumian itu perlu dilakukan bagi mengelak wabak yang berpunca daripada mayat yang tidak disempurnakan.

Bencana alam yang berlaku pada Jumaat lalu mengorbanan 844 nyawa.

Meskipun sudah empat hari berlaku, beberapa kawasan di pedalaman masih belum dapat dihubungi.

Kekurangan jentera berat menyukarkan pasukan keselamatan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.

“Komunikasis terhad, jentera berat terhad..ia tidak mencukupi dengan jumlah yang musnah,” kata Ketua Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

Berpuluh-puluh mangsa dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan Hotel Roa-Roa di perairan Palu.

Agensi bantuan Catholic Relief Services berkata, pihaknya bergelut untuk tiba di kawasan selepas lapangan terbang terjejas, tanah runtuh telah menyukarkan hubungan dan bekalan elektrik terputus.

Beberapa mangsa yang terselamat terpaksa mencuri makanan di kedai setelah kehabisan bekalan.

Agensi berita Reuters melaporkan polis terpaksa konvoi bantuan untuk mencegah bekalan dicuri.

Presiden Joko Widodo telah mengalu-alukan tawaran bantuan antarabangsa.

Sementara itu, kerajaan berkata, seramai 1,200 orang banduan terlepas daripada tiga penjara susulan kejadian gempa bumi. – MalaysiaGazette