Messi sudah bersara
Lionel Messi akan kembali ke skuad kebangsaan tahun depan kata pengurus argentina

Diego Maradona mendedahkan dia akan memberitahu Lionel Messi untuk tidak kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan.

Pemain beusia 31 tahun itu yang disenaraikan dalam skuad Argentina pada kejohanan Piala Dunia lalu tidak menyertai Argentina untuk perlawanan persahabatan pada bulan lalu selain diketepikan untuk perlawanan menentang Iraq dan Brazil

Maradona yang bersama pasukan Argentina ketika menjadi juara Piala Dunia 1986, merasakan Messi – ‘penjaring gol utama Argentina sepanjang masa’ – sepatutnya bersara daripada mewakili negaranya.

Ditanya apa yang akan dikatakannya kepada Messi, Maradona memberitahu: “Jangan datang lagi.”

Beliau menambah: “Pasukan bawah 15 tahun kalah dan ia adalah kesalahan Messi. Mesi juga dipersalahkan pada perlawanan di Argentina membabitkan Racing menentang Boca Beliau sentiasa dipersalahkan.

“Saya akan berkata, ‘jangan pergi lagi’, mari kita lihat jika mereka boleh mengatasinya.”

Pada Piala Dunia 2018 di Rusia, Argentina tersingkir pada pusingan kedua membabitkan 16 pasukan oleh Perancis yang menjadi juara.

Tinggalkan Jawapan