Pelabur asing menjual sejumlah AS$704.3 juta ekuiti minggu lalu berbanding AS$705.4 juta pada minggu sebelumnya. - MIDF Research
Menara MIDF di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR- Pelabur asing paling banyak membeli saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia buat tiga minggu berturut-turut, tempoh paling lama sejak pilihanraya ke-14, Mei lalu.

Menurut MIDF Research, berdasarkan data awal dari Bursa Malaysia, dana asing memiliki RM212.3 juta saham tempatan minggu lalu atau kira-kira separuh daripada aliran masuk bersih berbanding dua minggu sebelumnya.

“Malaysia adalah salah satu daripada dua pasaran yang menarik aliran masuk bersih harian mingguan dalam kalangan negara Asean selain Indonesia,” katanya.

Tambah firma penyelidikan itu, pelabur asing pertama kali membuat belian bersih berjumlah RM199.4 juta pada hari Selasa diikuti RM72.3 juta pada Rabu.

Penurunan nilai bersih asing mingguan tertinggi pula adalah sebanyak RM37.9 juta yang dibuat pada Khamis, hasil tindak balas pelabur asing terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Trend yang sama dilihat di seluruh pasaran Asean iaitu Thailand, Filipina dan Indonesia, dengan aliran keluar asing tertinggi sebanyak AS$53.60 juta dicatatkan di Thailand.

“Sejumlah RM66.3 juta aliran masuk bersih asing pada September manakala aliran keluar semasa dari Bursa Malaysia pada Jumaat lepas adalah sebanyak RM8.5 bilion atau AS$ 2.2 bilion.

“Ini merupakan aliran keluar asing kedua terendah dalam kalangan empat pasaran Asean yang kami pantau, “kata MIDF.

Pelabur institusi lebih aktif daripada pasaran runcit dan institusi asing kerana nilai dagangan harian purata mingguan (ADTV) adalah 7.3 peratus lebih tinggi.

Sementara itu, ADTV mingguan pasaran asing merosot lebih daripada 10 peratus tetapi masih kekal di atas paras sihat RM1 bilion.

Pada pasaran runcit, ADTV meningkat 5.6 peratus kepada RM917.80 juta.-MalaysiaGazette