Permohonan Bapa Altantuya Ditolak Mahkamah Tinggi | Edisi MG 1 Oktober 2018

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan keluarganya untuk mengguna pakai keputusan sabitan jenayah di Mahkamah Persekutuan berhubung kes pembunuhan model Mongolia itu dalam saman sivil RM100 juta keluarga itu.

Ketika ditemui media selepas prosiding kes itu, peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Shaariibuu memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu dalam kamarnya atas alasan terikat dengan Seksyen 43 Akta Keterangan 1950 yang menyatakan bahawa perkara jenayah tidak boleh dibawa dalam perbicaraan sivil.

Pada Julai lepas, Shaariibuu melalui peguamnya memfailkan permohonan supaya keputusan berkaitan kesalahan jenayah di Mahkamah Persekutuan berhubung pembunuhan anaknya Altantuya diguna pakai dalam saman sivil RM100 juta keluarga itu.