Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Islam yang tidak konsisten dan oportunis terhadap rakyat di negara ini.

Kata Ahli Parlimen Marang itu, Ketua Umum PKR itu sebagai calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson menggunakan kempen 14 hari untuk berlakon dengan semua agama tanpa mempunyai pendirian konsisten.

Beliau yang menyelar tindakan Anwar itu menyeru pengundi di Port Dickson supaya sedar siapa harusnya dipilih sebagai wakil rakyat mereka.

“Dalam Islam memilih pemimpin adalah satu perkara mustahak dan sewenang-wenangnya tidak boleh diberikan kepada individu oportunis.

Tinggalkan Jawapan