Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Bilik Gerakan Utama (BGU) Pakatan Haparan, Port Dickson, Negeri Sembilan, foto SYAFIQ AMBAK, 01 OKTOBER 2018

PORT DICKSON – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Datuk Lokman Noor Adam yang berkongsi ‘berita’ kononnya suami Timbalan Perdana Menteri Malaysia meliwat seorang penuntut warga Indonesia.

Fahmi dalam sidang akhbarnya di sini berkata, beliau telah dimaklumkan oleh wartawan Utusan Malaysia semalam mengenai kenyataan Presiden Pemantau Malaysia Baharu itu di laman Facebooknya.

“Kenyataan Lokman itu menyebut bahawa seorang penuntut warganegara Indonesia membuat laporan polis lewat malam tadi di Singapura mendakwa diliwat oleh suami kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Kejadian itu dikatakan berlaku di Singapura baru baru ini dan suami TPM itu ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mangsa kini ditempatkan di salah sebuah hospital di Singapura serta di bawah kawalan polis untuk tujuan siasatan,” kata Fahmi memetik berita yang dikongsi Lokman.

fake
Status Facebook Lokman Noor Adam

Mengulas lanjut, katanya, beliau kemudian mendapati Berita Mediacorp telah menafikan kenyataan tersebut di laman web beralamat http://berita.mediacorp.sg/mobile/singapore/anggota-majlis-tertinggi-umno-ini-sebar-berita-palsu-dakwa/.html.

Sehubungan dengan itu, katanya, satu laporan polis telah dibuat kerana mahu pihak berkuasa termasuk PDRM dan SKMM bertindak segera terhadap Lokman yang berkongsi kenyataan palsu dan berniat jahat yang boleh menggugat persepsi umum terhadap Anwar. – MalaysiaGazette

Sudah sudahlah Lokman, cari modal selain liwat – Anwar

Tinggalkan Jawapan