Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup tinggi pada penutupan hari ini susulan momentum belian berterusan saham wajaran tinggi terpilih, iaitu Genting Malaysia, Genting Bhd dan Nestle, yang menyumbang 2.39 mata kepada keuntungan dalam indeks komposit.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.69 mata untuk ditutup pada 1,798.15 berbanding 1,792.46 pada penutupan Isnin.

Selepas dibuka 0.27 mata lebih tinggi pada 1,792.73, indeks bergerak antara 1,791.67 dan 1,798.15 sepanjang hari.

Di papan skor, kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 554 berbanding 375, manakala 365 kaunter tidak berubah, 565 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.00 bilion unit bernilai RM2.15 bilion berbanding 2.40 bilion unit bernilai RM1.63 bilion sebelumnya.

Seorang peniaga berkata selepas bursa tempatan memulakan dagangan bagi suku terakhir 2018 pada kedudukan berhati-hati semalam, pelabur kini beralih tumpuan kepada Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara.

“Keputusan rundingan bahawa Amerika Syarikat dan Kanada bersetuju untuk menyemak semula perjanjian perdagangan masing-masing, telah meningkatkan sentimen dalam pasaran.

“Penanda aras Global minyak mentah Brent, didagangkan melepasi US$84 setong, juga dilihat menyokong pasaran, dengan memberi faktor menarik,” katanya.

Untuk masa hadapan, penganalisis menjangkakan harga minyak akan meningkat lebih tinggi kepada US$100 setong, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat tiga sen kepada RM9.74, Public Bank dan Tenaga masing-masing menambah dua sen kepada RM25.02 dan RM15.54, manakala Hong Leong Bank turun dua sen kepada RM20.58.

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan Nova MSC masing-masing menambah setengah sen kepada 43 sen dan 18 sen, namun Velesto dan Hibiscus Petroleum susut setengah sen dan empat sen kepada 28.5 sen dan RM1.28.

Indeks FBM Emas meningkat 19.26 mata kepada 12,555.92, Indeks FBM Emas Shariah merosot 0.02 mata kepada 12,708.23 namun Indeks FBMT 100 meningkat 24.82 mata kepada 12,359.51.

Indeks FBM Ace susut 87.13 mata kepada 5,328.50 manakala FBM 70 turun 25.45 mata kepada 14,855.11.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menambah 9.25 mata kepada 7,537.91, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 7.73 mata kepada 17,768.66 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perusahaan menambah 0.46 mata kepada 177.82.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.97 bilion saham bernilai RM1.95 bilion, berbanding 1.81 bilion saham bernilai RM1.5 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 497.51 juta unit bernilai RM111.54 juta, berbanding 162.82 juta unit bernilai RM20.53 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 537.41 juta unit bernilai RM91.52 juta berbanding 423.89 juta unit bernilai RM114.43 juta semalam.

Barangan Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 172.61 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (294.25 juta), pembinaan (76.02 juta), teknologi (246.46 juta), SPAC (123,900), perkhidmatan kewangan (30.90 juta) 105.74 juta), perladangan (20.62 juta), REIT (4.13 juta), dana tertutup (4,200), tenaga (895.05 juta), penjagaan kesihatan (39.50 juta), telekomunikasi dan media (25.22 juta) dan utiliti (29.28 juta). – MalaysiaGazette