Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meyerahkan sijil penghargaan kepada pegawai JPJ, Nurul Fatihah Shamsudin Shah (kanan) ketika mengadakan lawatan di JPJ Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 02 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan hari ini menyampaikan penghargaan kepada Pembantu Penguatkuasa, Nurul Fatihah Shamsudin Shah di atas perkhidmatan yang luar biasa yang dipamerkan beliau kepada pelanggan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan menyiarkan video mengenai perkara itu.

Rakaman video berdurasi seminit 30 saat mengenai komitmen kakitangan JPJ itu viral di media sosial dan mendapat pujian netizen apabila dia mengunakan bahasa isyarat ketika berkomunikasi dengan seorang wanita OKU di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Wanita itu ditemani suaminya yang juga OKU mengadu mengenai tindakan sebuah sekolah memandu yang tidak meneruskan proses pengambilan lesen walaupun telah mengambil wang mereka.

Menteri Pengenkutan, Anthony Loke berkata, JPJ Kuala Lumpur telah mengambil tindakan dengan memangil pengadu ke pejabatnya di Wangsa Maju dan dibawa berjumpa dengan pengurus institut memandu terbabit.

Tambah beliau, institut memandu berkenaan bersetuju mengadakan kelas kepada pengadu seterusnya mengambil ujian sebelum lesen belajar memandu individu terbabit tamat tempoh.

“Tarikh cadangan adalah pada 17 Oktober 2018 dan pihak institut memandu tidak akan mengambil sebarang bayaran berikutan rasa tanggungjawab dan khidmat social (CSR) terhadap pengadu,” katanya.

Menurut Anthony, kementeriannya dimaklumkan bahawa Nurul Fatihah mahir berbahasa isyarat sejak mengikuti kelas bahasa isyarat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah (SMKTAD) di Seremban bagi mengisi masa lapang. – MalaysiaGazette