Home Seni Hidup Khidmat ucapan berbayar: Mawar Rashid kini pesaing Janna

Khidmat ucapan berbayar: Mawar Rashid kini pesaing Janna

100
0

KUALA LUMPUR – Selepas kecoh baru-baru ini Janna Nick menawarkan khidmat ucapan ulang tahun sebanyak RM50 kini muncul pula selebriti yang mengikut jejak langkahnya.

Pelakon wanita Mawar Rashid memperkenalkan pakej yang sama dengan Janna.

Malah harga yang dikenakannya lebih murah berbanding Janna iaitu RM20.

Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, tidak mengambil peduli kecaman netizen terhadapnya ekoran perkhidmatan tersebut,

“Saya abaikan kecaman dan ambil yang positif. Asalkan niat betul, tu yang paling penting. Lagipun, saya rasa dengan cara ini juga dapat mencari rezeki,” katanya.

Terdahulu Janna mengaku menawarkan perkhidmatan ucapan ulang tahun dengan harga RM50 kepada peminatnya.

Malahan baru dua hari sahaja membuat perkhidmatan itu, pelakon Semerah Cinta Humairah yang berusia 23 tahun itu berjaya meraih RM2,000. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan